The Wayback Machine - https://web.archive.org/web/20081216014425/http://www.jin.com.my:80/subpage.php?c=116
Panduan - Panduan Pemain
Panduan Pemain

1. Kelas permulaan

Memilih profession

 

Jika anda baru bermain, pertama sekali anda perlu memilih profession yang bersesuaian dengan anda.

Satu akaun dibenarkan mempunyai satu karakter di dalam satu server. Pada masa ini terdapat 3 jenis profession iaitu: Warrior, Mage dan Paladin (Paladin masih belum boleh diguna). Warriors mempunyai kuasa serangan dan pertahanan, manakala mage mahir menggunakan kuasa magik.

 

 

 

Mencari Mentor yang terbaik

Sebagai pemain baru, adalah dinasihatkan anda mencari seorang mentor. Ini adalah kerana untuk memudahkan anda memahami dan mempercepatkan proses anda menaikkan tahap. Setiap pemain baru boleh pergi ke ‘Beginner Guild' (Cronus city 275, 380) untuk memeriksa maklumat mentor yang online dan membuat pilihan. Selepas mempunyai mentor, anda boleh mendapat experience lebih daripada biasa dan jika anda berada di dalam kumpulan yang sama peratus akan meningkat. Oleh itu anda perlu memeriksa dan berhati-hati di dalam membuat keputusan supaya memastikan anda mendapat mentor yang terbaik.

 

 

 

 Permulaan yang sempurna

Selepas anda mencipta karakter dan masuk ke dalam permainan, pekara pertama yang anda perlu buat ialah klik pada butang ‘Option' dan tanda ‘Show name' dibawah bahagian ‘Graphics'. Barang dan duit yang tinggal oleh raksasa akan jatuh di atas tanah. Dan selalunya, ada pemain yang lupa mengambil barang atau duit yang ditinggalkan. Apabila pilihan ‘Show Name' diaktifkan, anda akan dapat lihat semua nama raksasa, NPC, duit dan barang yang berada di atas tanah tanpa meletakkan tetikus di atasnya.

 

 

Langkah seterusnya anda boleh klik pada butang ketiga di dalam ‘Tool box' untuk membuka antaramuka jin. Jin adalah karakter kedua terpenting di dalam Jin Online dan anda jangan salah anggap ianya adalah binatang peliharaan. Setiap pemain baru akan mendapat dua biji telur. Klik pada telur dan anda boleh melihat mereka di dalam senarai jin. Menyeru jin ada dengan klik butang "sum".

 

 

Fungsi utama di dalam Jin Online boleh diaktifkan melalui ‘tool box' yang berada di bahagian bawah skrin. Terdapat dua panel ‘hotkey' di dalam ‘tool box'. Bahagian panel kiri adalah untuk potion dan skrol (kekunci 1-5). Panel kanan pula adalah untuk Skill (F1-F7) dan sebelah slot F7 adalah berkait rapat dengan butang kanan tetikus anda. Sebagai contoh, jika anda adalah mage anda boleh membuka tetingkap skill dan tarik ikon ‘Windbeats' ke dalamnya dan aktifkan melalui klik kanan.

Jika anda mempunyai perasaan ingin tahu kelengkapan yang dipakai pemain lain. Klik ikon ‘kanta pembesar' untuk memeriksa kelengkapan dan jin yang ada.

 

Naik tahap

 

Sistem Pertarungan

Mod pertarungan di dalam Jin Online adalah sangat mudah. Untuk memudahkan pemain, Jin Online menggunakan sistem warna untuk membezakan tahap musuh. Warna akan berubah mengikut tahap anda. Terdapat empat warna yang akan menunjukkan perbezaan atau tahap jurang anda dengan raksasa iaitu hijau, putih, merah dan hitam. Nama raksasa yang berwarna hijau menunjukkan ianya berada di tahap rendah atau beza 3 tahap. Jika anda membunuh raksasa tahap ini anda akan mendapat experience yang kurang dan melambatkan proses menaik tahap. Nama yang mempunyai warna putih pula sama tahap atau lebih 3 tahap daripada anda. Raksasa tahap ini adalah paling selamat untuk naik tahap. Raksasa yang mempunyai nama berwarna merah adalah raksasa yang berada di tahap tinggi iaitu 5 tahap tinggi daripada tahap anda. Ia akan memberi experience yang tinggi tetapi ia bukan la mudah. Jika anda mempunyai XP yang secukup anda boleh membunuh raksasa tahap ini dengan mudah. Raksasa yang mempunyai nama berwarna hitam berada ditahap sangat tinggi daripada anda dan peluang untuk membunuh adalah tipis. Tetapi lagi tinggi tahap raksasa daripada anda lagi mudah anda untuk mendapat exp dan barang yang bagus.

Anda boleh klik butang yang berada disisi peta mini untuk zoom in dan zoom out atau melihat keseluruhan peta. Terdapat pelbagai tanda di dalam peta mini. Tengkorak putih ada musuh anda, perisai biru ialah Kapten kumpulan anda, Bebila biru ada ahli kumpulan anda, Hijau ialah NPC, Bintang kuning adalah rakan anda dan titik kuning ialah titik laluan anda.


Berlawan secara berpasukan adalah lebih baik daripada berlawan bersendirian. Satu kumpulan boleh mempunyai 5 ahli. Klik pada butang antaramuka ‘team', kemudian klik ‘Create Team'. Klik ‘Auto Invite', Sistem akan menjemput pemain terdekat memasuki kumpulan anda secara automatic. Jika tidak dapat menubuh kumpulan anda boleh klik ‘join' untuk memasuki kumpulan yang sudah ditubuh.